♦ AmoyLalato ♦

Friday, July 20, 2012

Alhamdulillah syukur

Assalamualaikum !


Heys, Lama rasanya tak meng-update entry kat blog tersayang nieh. bz sikit and lagipun taktahu nak buat entry pasal apa. Tapi.. kali nieh just nak bagi tahu berita gembira bahawasanya.. chewahh. aku dah lulus test JPJ , gembira sangat lah walaupun ketakutan tuh ade kan. Aku pun dah letih nak ulang alik ke Cheras tuh. akhirnya tamat sudah. so, nextweek aku dah dapat lesen P. lepas tuh boleh lah aku pandu kereta dah, tapi..hah ade jugak tapinya kan.. aku kena biasakan diri pandu kereta dan jalan yang aku taktahu , aku kena engat lah nanti tak pasal-pasal sesat. hahah :D tuh jealah entry gembira aku sekarang nieh..hehehe :D Thanks dekat cikgu Dd sebab mengajar aku, memang tugas dia mengajar kan. oppss :)


Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman
Shila Elisya Amoy Lalato 


Sunday, July 1, 2012

Kerisauan

Assalamualaikum !!!


Heys , Lewat malam lagi aku meng-update, bila malam lah tercetusnya idea untuk menulis entry. Aku sekarang terlalu banyak perkara yang nak difikirkan, kerisauan aku makin membuatkan aku selalu berfikir apa yang akan terjadi nanti, hargghhhhh .!! peningg kepala. 

Pertama sekali yang terpaut begitu lama nya dalam fikiran aku adalah apabila result semester akhir aku akan keluar pada 2 Julai nanti. Aku terlalu takut dan aku fikirkan perkara yang mengarut sampai aku bertambah takut. Mana tidaknya, nieh kali terakhir aku taknak ada sebarang kesilapan dan kekecewaan dalam result aku nanti. Aku mohon agar semuanya okay, lulus dan aku boleh meneruskan perjuangan aku kelak.

Keduanya pulak, Aku memikirkan test JPJ aku pada 11 Julai nanti. Aku sangat takut dan tidak terlalu bersedia sepenuhnya kerana masih banyak perkara lagi yang aku perlu mahirkan ,lagi-lagi 3penjuru dan bukit. Aku takut akan gagal, Insyallah aku cuba sedaya upaya untuk berjaya dan melakukan dengan baik sekali. Selepas itu, boleh lah aku melakukan rutin harian aku seperti biasa .

Dan yang terakhirnya sekali, Aku perlukan pekerjaan kerana aku tak tahan kebosanan bila duduk dekat rumah, rasa macam ..harghhh... sungguh boreddd... Aku akan cuba sedaya upaya tanpa mengalah dan aku perlu bersabar untuk menunggu pekerjaan yang sesuai untuk aku. Amin, mudah-mudahan. 


Aku harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Insyallah aku akan melakukan yang terbaik dan sempurna. harap korang doakan yang terbaik untuk saya yea .Amin ;)




Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Sheila Elisya Amoy.