♦ AmoyLalato ♦

Sunday, September 16, 2012

Niat Dihati

Assalamualaikum !!


Apa khabar semua? rasanya lama sudah tidak meng-update sebab tiada idea nak menaip apa, cuba jugak untuk memerah otak bagai tapi apa kan daya terlalu banyak memikirkan perkara-perkara yang tak sewajarnya. Niat dihati tu kalau boleh setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat nak meng-update. macam lah ada orang nak baca banyak-banyak tuh. larat ke? hehe

Sungguh bosan sekali duduk rumah , membuat perkara yang sama online online online.. itu saja. duduk rumah dah jadi chef .agaknya boleh kew masuk masterchef .wakakaka :D . Bila sudah tak ada kerja ini lah kerja aku online saja. haha . Lagi-lagi sudah tidak bekerja sekarang. Niat di hati nak sambung pelajaran.tapi apakan daya tiada rezeki mungkin rezeki dekat tempat lain kan.

Nak bekerja tapi belum ada rezeki juga, sudah banyak kali apply tapi aku tak ada rasa mengalah langsung, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Mungkin ada hikmah sebaliknya tu. Insyallah pasti ada pekerjaan yang sesuai dan kalau ada rezeki untuk sambung pelajaran rasa seronok lah.

Esok aku nak berjumpa dengan bestie aku iaitu Dya & Ira . Kalau aku sihat ,insyallah pasti aku jumpa dengan dia orang sebab sekarang pun aku tak terlalu sihat, batuk-batuk aku dah lama tapi masih tak baik-baik lagi. hope cepat sihat , heheh :D

Kalau aku ada banyak idea mesti aku update selalu & aku pun nak mengedit blog aku nie. hahah :D Annyeong :) salam. 



Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy

Sunday, September 2, 2012

Welcome September

Assalamualaikum !!



Welcome September !!

Bila bulan September, pasti aku gembira sangat-sangat. Nak tahu sebab apa? hmmm. sebab bulan September adalah bulan Kelahiran aku iaitu pada 03hb September. That why lah aku suka sangat bulan September, umur aku makin meningkat dan meningkat oke.. bukan menurun tau. hehehe :D

Hope bulan September dan pada hari lahir aku nanti akan membuatkan aku gembira. Bagi aku celebrate atau tak ,itu tak penting. Cuma bagi aku orang sekeliling aku engat hari lahir aku pada 03hb September iaitu pada esok hari. itu cukup membahagiakan :) .


Terima kasih oke..tapi lagi berterima kasih bila dapat hadiah. hahahah :D



Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy Lalato

Kefahaman Jiwa

Assalamualaikum !!



Hujan turun kerana awan 
tidak lagi tahan dengan berat kandungannya.
Begitu juga dengan air mata, jatuh kerana hati 
tidak lagi tahan dengan kesakitan yang amat dalam.
:'(

Kita hanya manusia biasa yang akan melalui suka duka dalam kehidupan, Allah S.W.T menduga kita kerana kita mampu menghadapinya. thanks . :)
dan aku berharap akan menghadapinya dengan tenang, semoga permudahkanlah segalanya. 




Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy Lalato