♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, January 30, 2013

Kehidupan Manusia


Apa yang difikirkan oleh diri sendiri berlainan fikiran oleh orang lain, Manusia bermacam ragam, ada yang kita suka ada jugak yang kita tidak suka, Lumrah manusia sememangnya begitu. Dari hati yang suci akan lahirkan pemikiran yang lebih baik begitu jugak sebaliknya. Adakalanya haiwan jugak pandai untuk menghargai hidup berbanding manusia, Haiwan jugak menilai diri sendiri.. begitu jugak manusia. tapi perbezaannya manusia mempunyai akal fikiran. 

Harap perubahan kali nie lebih baik daripada sebelumnya. Apa yang telah terjadi akan aku biarkan ianya berlalu. Harap aku tak akan memikirkan perkara yang tidak baik untuk diri aku. Semoga tabah, memberi kesabaran dan keberkatan dalam diri aku, Amin!. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan aku akan cuba untuk melaluinya dan aku akan selalu bersyukur apa yang aku miliki. 

Telah aku memohon maaf dan itu adalah tanggungjawab aku, Itu antara kau dan Allah jika kau tidak ingin memaafkan. Aku maafkan semuanya tapi mungkin apa orang tersebut lakukan terhadap diri aku akan aku ingat sampai aku boleh lupakan semua itu. Insyaallah aku akan halalkan semuanya tapi buat masa sekarang aku akan cuba dan cuba untuk tidak ada kena mengena dengan orang tersebut lagi. Mulai sekarang aku tidak anggap orang tersebut adalah kawan aku atau pun kenalan aku. Bukan bermakna aku ingin memutuskan silaturahim tapi apa yang  orang tersebut lakukan adalah terlalu melampaui batasan dan aku inginkan kehidupan yang baru tanpa sebarang kenangan yang menyakitkan dan aku berubah untuk kebaikan dan mendapat apa yang selama ini aku inginkan. Insyaallah.

Bukan aku yang memulakan ini semua tapi orang tersebut yang mulakannya dan aku harap selepas ini janganlah muncul dan tampil di depan aku. Aku tidak pernah mengaibkan sesiapa, aku tidak menfitnah, memaki,menghina  orang tersebut dan orang lain tapi sebaliknya orang itu.hmm waallahualam. Harap semuanya tiada sebarang masalah lagi. Noktah. harap disitu saja, biarlah itu akan menjadi kenangan dan aku bersyukur Allah menjauhkan orang yang tidak baik untuk diri aku, alhamdulillah. Noktah .



Shila Elisya Amoy Lalato's

Friday, January 11, 2013

Si Penganggu Tidurku


Taraaa....... nie lah my cat yang peneman aku tidur kebelakangan nie, tu pun disebabkan Minho kucing yang selalu teman aku tidur tu sakit dan kena masuk dalam rumah dia sebab doktor tak kasi main dekat luar. Nanti tak pasal-pasal bersepah dekat rumah saham dia tu. Nama kucing dekat atas ni Krystal, still baru lagi dengan aku and nie jenis kucing parsi.

Sekarang krystal yang teman aku tidur tapi bila malam dia tersangatlah aktif sampai menganggu tidur aku. Sabar jea lah, nasib lah comel geram jea aku tengok dah lah bulu kembang hishhh geram sungguh. Krystal ni manja, gedik pun ada dengan aku hahahaha tengok lah dekat gambar tu time dia nak mengacau aku lah tu. Dah lah kuat tidur dan suka sangat tidur atas tilam aku. hahaha :D


Kucing aku banyak tau, every month pokai duit terbang beli barang-barang untuk anak-anak kesayangan aku nie. :)


Shila Elisya Amoy Lalato's


Thursday, January 3, 2013

Bagaikan Burung Kertas


Korang tahu buat burung kertas tak? Rasanya dah lama aku tak buat burung kertas ni, mungkin dah lupa cara nak buat kertas burung ni. Aku ingat lagi masa mula-mula belajar cara buat burung kertas ni kelakar sangat, masa tu aku zaman sekolah rendah dan akak aku yang ajarkan cara nak membuatnya. haha :D

Dulu selalu buat dan kumpul banyak-banyak letak kat bilik aku, rasanya rindu pulak zaman dulu-dulu.hmm cepat saja masa berlalu kan. Bermacam warna kertas aku buat, cantik sangat tengok bila buat sendiri. Rasa bagaikan nak beterbangan pulak kan .haha cehhh ayatkann. :D



Shila Elisya Amoy Lalato