♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, January 30, 2013

Kehidupan Manusia


Apa yang difikirkan oleh diri sendiri berlainan fikiran oleh orang lain, Manusia bermacam ragam, ada yang kita suka ada jugak yang kita tidak suka, Lumrah manusia sememangnya begitu. Dari hati yang suci akan lahirkan pemikiran yang lebih baik begitu jugak sebaliknya. Adakalanya haiwan jugak pandai untuk menghargai hidup berbanding manusia, Haiwan jugak menilai diri sendiri.. begitu jugak manusia. tapi perbezaannya manusia mempunyai akal fikiran. 

Harap perubahan kali nie lebih baik daripada sebelumnya. Apa yang telah terjadi akan aku biarkan ianya berlalu. Harap aku tak akan memikirkan perkara yang tidak baik untuk diri aku. Semoga tabah, memberi kesabaran dan keberkatan dalam diri aku, Amin!. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan aku akan cuba untuk melaluinya dan aku akan selalu bersyukur apa yang aku miliki. 

Telah aku memohon maaf dan itu adalah tanggungjawab aku, Itu antara kau dan Allah jika kau tidak ingin memaafkan. Aku maafkan semuanya tapi mungkin apa orang tersebut lakukan terhadap diri aku akan aku ingat sampai aku boleh lupakan semua itu. Insyaallah aku akan halalkan semuanya tapi buat masa sekarang aku akan cuba dan cuba untuk tidak ada kena mengena dengan orang tersebut lagi. Mulai sekarang aku tidak anggap orang tersebut adalah kawan aku atau pun kenalan aku. Bukan bermakna aku ingin memutuskan silaturahim tapi apa yang  orang tersebut lakukan adalah terlalu melampaui batasan dan aku inginkan kehidupan yang baru tanpa sebarang kenangan yang menyakitkan dan aku berubah untuk kebaikan dan mendapat apa yang selama ini aku inginkan. Insyaallah.

Bukan aku yang memulakan ini semua tapi orang tersebut yang mulakannya dan aku harap selepas ini janganlah muncul dan tampil di depan aku. Aku tidak pernah mengaibkan sesiapa, aku tidak menfitnah, memaki,menghina  orang tersebut dan orang lain tapi sebaliknya orang itu.hmm waallahualam. Harap semuanya tiada sebarang masalah lagi. Noktah. harap disitu saja, biarlah itu akan menjadi kenangan dan aku bersyukur Allah menjauhkan orang yang tidak baik untuk diri aku, alhamdulillah. Noktah .



Shila Elisya Amoy Lalato's

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥