♦ AmoyLalato ♦

Thursday, October 29, 2015

BERDUA LEBIH BAIK


Ahad lepas Si Dayah aka my Datin ni datang Puchong semata-mata nak jumpa dan karaoke dekat Setia Walk. Lagipun first time nak karaoke area Setia Walk ni sebab ni tempat baru..hehe Ini pun plan last minit kitaorang malam sabtu tu (sebenarnya Dayah yang paksa jumpa hehehe) disebabkan kitaorang memang agak lama tak karaoke dan lepak berdua macam ni. So Amoy pun setuju keluar hari ahad tu, nak diikutkan memang malas sebab hari tu nak rest duduk di rumah je. haha. 

Tengahari ahad tu Dayah pun datang dari Ampang ke Puchong.. rumah Amoy berhampiran je dengan Setia Walk ni. Kitaorang datang dah lewat so terpaksa lah tunggu bilik karaoke available jam 2.30pm, so kitaorang just booked dulu then sementara banyak masa lagi decide pergi lunch dekat restoran Padi.. lagipun kitaorang belum makan lagi.hehe XD


Seperti biasa.. kitaorang akan karaoke lagu yang biasa dinyanyikan dan menariknya kali ni kitaorang nyanyi semua lagu dari Gegar Vaganza dan kitaorang record video kitaorang nyanyi sendiri. haha perangai sangat kan. Amoy lagu yang tak tahu tu main hentam saja nyanyi. Bila dengar dan tengok semula video tu seakan kitaorang dekat live band je.. haha Dan lagi menariknya bilik karaoke kitaorang ada map dunia.. macam tahu je kitaorang ni nak planning next vacation pula.haha adui. Bak kata Dayah sel-sel otak semakin berkembang..haha XD

After that, kitaorang apa lagi bergambar puas-puas sebelum nak balik dan sambil tu kitaorang discuz vacation untuk nextyear. Semangat sangat kitaorang ni kan...harap menjadi lah planning kitaorang ni.



 Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥