♦ AmoyLalato ♦

Thursday, December 31, 2015

THE POP BOX | DECEMBER

Hai Assalamualaikum !!

Hi Korang! Baru hari ini ada masa nak updated Pop Box bulan December yang Amoy purchase. Kali ini tema untuk Pop Box My adalah Lips galore, dalam beauty box kali ni ada lima produk bibir sahaja. Beauty box kali ni memang comel, kecil saja box nya sebab hanya lips product saja kan.
Harga untuk beauty pop box kali ni telah naik sehingga RM130, sebelum ini hanya RM120 sahaja untuk every months. Items untuk December Pop Box pun seperti sedia kala sebanyak lima produk saja. Jom tengok lips product apa yang ada di dalam beauty box.

Di atas adalah gambar produk untuk beauty box bulan Disember. Setiap items adalah berbeza dan produk ini jugak adalah drugstore produk serta tidak ada dijual di Malaysia. Seperti biasa, tidak diberitahu harga pada sebarang kad mengenai harga setiap produk tersebut. Jadi kena search sendiri harga produk ini.

Seperti tertera diatas, lima produk tersebut adalah Lip Balm, Lipliner, Liquid Lipstick, Lipstick dan Lip Gloss.  
  • Lip Balm    - Purely Coconut Lip Balm
  • Lip Liner    - Jordana Easyliner for Lips in LATTE
  • Liquid Lipstick - LA.Girl Matte Pigment Gloss in REBEL
  • Lipstick   - NYC Expert Last Lip Color Matte in RED SUEDE
  • Lip Gloss   - Maybelline Colorsensational Lip Gloss in SUGARED HONEY
Lip Balm ini memang best dan rasa smooth je bibir Amoy , bau coconut nya pun agak kuat jugak. Amoy okay je dengan Lip Balm ni. 

Lip Liner ini pulak memang Amoy suka dan ramai beauty Guru dari Youtube yang menggunakan Jordana Lip Liner ni. Amoy puas hati dan suka dengan warna nya yang nude.

Liquid Lipstick ini pulak, sememangnya favorite Amoy sebab Amoy memang dah ada lipstick ini tapi shade lain lah. Memang best, tahan lama.. tak perlu touch up banyak kali macam lipstick yang lain. Memang Amoy recommend LA.Girl Matte Pigment Gloss ini before this dekat kawan-kawan Amoy. 

Lipstick NYC ini agak biasa saja bagi Amoy, warna merah nya tidak menarik minat Amoy sangat dan tidak tahan lama. pakai sekejap dah hilang. haha. 

Lip Gloss ini okay bagi Amoy, lagipun Amoy bukanlah pengemar tegar Lip Gloss, jadi Amoy agak jarang menggunakan Lip Gloss. 

Okay itu sahaja review mengenai Beauty Box, Pop Box My in December. Nextmonth.. oppss. not nextmonth but nextyear January 2016 Amoy pun dah order dan tema untuk January is New Look smokey and bold. So, tak sabar apakah produk yang akan dapat Januari nanti.

-END-

Lots of Love 

Saturday, December 19, 2015

LAST MINUTE MAKEUP | POST WEDDING FERA

Hi everyone! pada entry ini Amoy ada kata yang outdoor photoshoot Fera postpone disebabkan hujan lebat petang itu. So, akan buat photoshoot pada keesokkan hari nya 8/11/2015 dekat area Kuchai lama if tak silap sebabnya dia saja yang pergi, kitaorang dekat apartment still belum mandi dan bermalas-masalan. haha XD
Di sebabkan outdoor photoshoot postpone, tiada siapa nak makeup Fera untuk photoshoot. nak dijadikan cerita, nasib baik Amoy bawa makeup lebih sebab makeup bridemaids semalam. jadinya, Amoy lah yang ditugaskan makeup Fera. 

Makeup sweet-sweet gituh untuk post wedding bertandang Fera ni. Alhamdulillah, Dia suka sangat dengan hasil makeup yang Amoy buat ni. Sebenarnya tak berapa berani sangat takut comot pulak pengantin nak photoshoot kan. Tapi... alhamdulillah feedback yang baik dari sahabat ku ini. XD . 
Ini lastminit makeup dan memang tak rancang pun nak makeup dia, Amoy memang tak bawa eyeslashes lah. itu sebab Fera pakai mascara saja. Eyeslashes yang dia ada pun dah tak elok.. so, terpaksa simple look sebegini lah. thanks sahabat ku sebab trust untuk makeup muka kau. XD.  Nak tangkap gambar before makeup pun sampai lupa sebab nak cepat-cepat makeup kan. Hah!! tak lupa jugak, Hair do by me.. Amoy yang buat even tak ada barang yang lengkap, nasib baik Amoy bawa pin banyak untuk siapkan rambut dan pasang crown dia..sorry if ada messy sikit rambut dia..hehe XD
-
-
Petang itu pula, kitaorang semua plan nak pergi tengok wayang dekat Setia Walk, Puchong ni. Yang kelakarnya kitaorang tengok wayang sampai dua kali disebabkan Amoy dapat tiket murah seorang just RM10 saja. haha XD . Lepas tengok Paranormal then sambung tengok movie James Bond, Spectre. Boring yang amat movie paranormal tuh, tengok pun sebab diaorang nak tengok.haha. After that pergi makan dekat Puchong Perdana, disebabkan memasing dah kelaparan dan kesejukan.. hujan lebat malam tu.

-
-
end


Lots of Love 

Friday, December 18, 2015

BFF BIRTHDAY | BEE AMIRA

Bersambungnya entry yang lepas wedding Ferarol . Amoy , Aina dan Shera dah siap beli kek dan makanan semua, balik ke apartment kitaorang stay tuh. Nasib baik diaorang semua pergi swimming, Amoy suruh lah Shida turun bawah pickup kitaorang dan prepare semua. 
Bila dah prepare semua, Shida ajak swimming tapi macam malas nak tukar baju bagai. So, stay di apartment dengan Aina dan Shera. Letih yang amat dari siang sampai kemalam kan.haha. Sambil menunggu sambil bergambar lah kitaorang ni.haha XD
Ini saja yang sempat kitaorang prepare untuk bff kitaorang.
Berwelfie lah kita.
Dalam jam 10 (maybe sebab tak ingat sangat) , Diaorang yang mandi swimming tu pun balik dan kitaorang yang dalam apartment ni kelam kabut lah, pasang lilin, nyalakan lilin lah, tutup lampu bagai. Fera dah whatsapp awal-awal dia dah nak dekat sampai pintu, lagi lah kitaorang kelam kabut lagi-lagi si Shera. haha XD.
Fera bagi salam bukan main kuat lagi, itu hint untuk kitaorang lah tu.haha. so bila diaorang buka pintu. Apa lagi.. surprise surprise surprise...!! haha..
Dengan basahnya dia, kena surprise yang tak seberapa dari kitaorang ni.
Happy Birthday sayang !! muah muah angkat kaki!
To my bff Miera, Happy Birthday!! terimalah surprise kitaorang yang tak seberapa ni. Kitaorang always ingat birthday geng kita semua.. cuma kali ni lambat sikit celebrate disebabkan kita nak tidur apartment untuk majlis bertandang Fera. tuh yang nak buat kat apartment tuh. huhu .. Lepas makan memasing keletihan dari pagi hingga malam, esok pulak Fera nak outdoor photoshoot . bye muah muah angkat kaki. :* 
Lots of Love 

Tuesday, December 8, 2015

MAJLIS BERTANDANG | FERA AROL

Hai Assalamualaikum !!
Two months ago, my bestfriend iaitu Fera telah pun mendirikan rumah tangga dan pada 7/11/2015 adalah majlis bertandang di pihak keluarga husband beliau. Amoy nak updated awal tapi asyik terlupa dan busy buat perkara lain. Now even dah sebulan berlalu Amoy nak jugak share moment ni. Apa pun tumpang gembira kerana segala majlis Fera dan Arol berjalan dengan lancar. Dan dan dan..... paling gembiranya buat kami chedaburians adalah Fera sudah pun berbadan dua. Ya Allah happy sangat even bukan Amoy yang pregnant tapi sebagai kawan yang rapat, Kitaorang happy giler.. 


Before majlis bertandang esoknya, Kitaorang semua tidur di apartment yang sama kitaorang sewa dulu. Malam tuh Amoy dan Shida yang sampai dulu kat sana, sambil menunggu yang lain sampai. Kitaorang makan macaroni dan meatball yang kitaorang dah order dekat Miera. Dia yang handle semua tuh. haha So kitaorang makan lah dulu sebab tunggu diaorang lambat kan. memasing kelaparan. Amoy pun bawa kek batik milo yang Amoy buat sendiri, buat banyak untuk makan di rumah dan nak bagi dekat uncle Amoy je sebab dia suka makan kek. 

Sedap gilerrsss.. nyum nyum
sekejap je dah licin. haha :D
After that, bila semua dah datang dan makan. akak yang nak buat Inai Fera pun datang. Kitaorang pun join sekali lah pakai inai. pening akak tu layan kitaorang memalam. haha


Lepas memasing dah berinai, kitaorang pun berpillow talk sampai jam 4 pagi. Esok nya memasing mata sembap je. haha. Pepagi Amoy dah bangun dan breakfast, tengahari nanti nak pergi ke dewan majlis bertandang. So memasing bersiap-siap, makeup dan segalanya lah. Nasib baik Amoy bawa lebih makeup sebab memasing pinjam Amoy nya makeup. haha :D



Alhamdulillah, selesai sudah tugas kami sebagai bridemaids dan perkara paling penting iaitu kitaorang happy together . InsyaAllah persahabatan ini akan terus kekal. Lepas majlis , sepatutnya akan ada outdoor photoshoot tapi hujan lebat pulak. So digantikan dengan hari esok iaitu hari ahad.

Mereka semua balik apartment kecuali Amoy, Aina dan Shera sebab kitaorang nak buat suprise untuk birthday Miera malam nanti. Tapi before that kena teman Aina pergi pickup adik dia balik kerja. So, sampai apartment sememangnya lewat dan agak kelam kabut cause diaorang di apartment suruh balik cepat .. nak pergi swimming katanya tapi memang tak sempat lah nak join swim sebab nak hantar adik Aina di Puncak Alam. haha

akan bersambung di next entry okay:)


Lots of Love