♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, April 12, 2017

BRAZILIA BFF TRIP | PERHENTIAN ISLAND, LANG TENGAH & REDANG ISLAND | PART 2

Assalamualaikum !! 
Hello Dreamer ^^


1/5/2016

Hari kedua ni Amoy akan ke Lang Tengah & Pulau Redang, jarak dari Pulau Perhentian ke Pulau Redang ni agak jauh juga sampai kawan Amoy dah sakit kepala duduk lama sangat atas boat kan. Tempat first yang kitaorang akan pergi dulu is Pulau Redang, snorkeling dekat situ & lunch sekali dekat Redang Pelangi Resort

Masa sampai dekat Pulau Redang tu, budak lelaki semua mandi dekat area situ & yang perempuan pula pergi dekat pantai sebelah lagi satu untuk bergambar lah apa lagi kan. Lepas tu berpecah pula si Miera dengan Shida sebab diaorang bergambar lagi dekat sana & Amoy dengan Fana nak bergambar dekat tempat lain lepas tu baru kitaorang join budak lelaki syiokk mandi. Before tu Amoy & Fana sempat pinjam pelampung itik besar budak chinese bawa dekat situ so kitaorang pinjam lah untuk bergambar.hihi.


Lepas dah puas bergambar & snorkeling area situ, memasing kelaparan so kitaorang makan dulu before ke tempat lain iaitu Marine Park aka Taman Laut Pulau Redang. Marine park ni untuk melindungi & memulihara pelbagai habitat hidupan marine akuatik. Marine Park ni dikenakan bayaran sebanyak RM5. Kalau nak bersantai tepi pantai time panas terik tu boleh je sambil tu tengok gelagat manusia kan. Dekat situ disediakan tempat untuk bersantai tu.hihi. Air dekat sini sangat jernih sampai boleh tengok kecantikan hidupan laut yang terjaga ni. Dekat sini ada sejenis ikan Moray Ell (kalau tak silap lah) yang besar tu, Amoy nak cuba lah bagi makan tapi jauh ke dalam, nak turun ke bawah pun takut nafas tak cukup.haha. Ada sorang abang tu dia suruh juga Amoy pergi & dah try tapi Ikan tu tak naik-naik pula atas. Amoy pun mengalah je lah. hihi

Lepas dah puas snorkeling dekat sini kitaorang ke Lang Tengah pula. Lupa pula nama tempat dekat Lang Tengah tu maklum lah sebab ni story last year dibawa ke this year,hihi. kitaorang sampai je terus snorkeling. Dekat Lang Tengah ni memang cantik batu karang nya & air laut pun jernih sangat sampai tak perasan Amoy & Miera snorkeling dah jauh dari boat. huhu.


Balik dari snorkeling kitaorang singgah lagi dekat Lata Air Berani untuk mandi air sejuk gilerr tu. Time sampai tu memang ramai sangat orang sampai berebut juga mandi cuma kali ni kitaorang dapat mandi banyak kali lah.hihi. Cuaca panas kena dengan air sejuk macam tu memang heaven sangat lah jadinya kan. Si Shida lah tukang ambil air main rebut semua nasib baik kali ni abang boat tu ada bagi pencedok air tu kan so tak ada lah berebut.hihi.


Bila dah sampai chalet, Amoy & Fana just lepak dalam bilik je, Miera & Shida lepak dengan Peli si abang pulau tu.haha. Last day ni makan bbq sahaja. Lepas dah makan kekenyangan semua kitaorang lepak tepi pantai je sambil layan lagu layan jiwa juga lah kan. Best giler dengan tenang nya angin bunyi ombak.. Ya Allah best nya rindu sangat suasana macam tu bila lagi nak datang pun Amoy tak tahu kan, sangat best. Baring dekat pondok tepi pantai tu sambil nyanyi & sampai nak tertidur pun ada tau tau tau.

Cepat sangat masa berlalu macam tak cukup 3 hari 2 malam ni, keesokkannya nak balik KL dah tak dapat dengar bunyi ombak & angin malam yang memang syiokk habis. Dekat Pulau Besar ni tak semeriah Pulau Kecil tapi dekat sini sangat mendamaikan jiwa & raga. hihihihi.

Keesokkannya bila dah naik boat ke Jeti, kitaorang semua pergi tempat jual keropok lekor asli Terengganu sambil membeli sambil tu juga merasa & tengok cara makcik tu buat keropok lekor. Sempat juga membeli souvenir sikit untuk family members.

Jom tengok gambar untuk entry kali ni...















Kos untuk trip 3 Pulau ini ..

Pakej 3 Pulau (all in) : RM 430 (include ke Perhentian Kecil)
Bas (Return) : RM 88

Total : RM 518

Lots of Love 

Saturday, April 8, 2017

BRAZILIA BFF TRIP | PERHENTIAN ISLAND, LANG TENGAH & REDANG ISLAND

Assalamualaikum !! 
Hello Dreamer ^^


29/04/2016 - 30/04/2016

Baru beberapa hari balik dari Lombok, Indonesia.. Amoy pergi pulau lagi tapi kali ni dalam Malaysia je lah short trip katanya. Amoy pergi dengan geng Brazilia Bff selama 3 Hari 2 Malam je. Hari Jumaat 29/04/2016 dalam jam 10 pm kitaorang naik bas double decker dekat TBS Terminal so akan sampai ke Kuala Besut awal pagi Sabtu tu dalam jam 8 am kalau tak silap Amoy.

Masa sampai ke Kuala Besut kitaorang kena tunggu uncle yang incharge tu dekat depan Lucky Restaurant. Sambil tunggu turn kitaorang nak naik boat, kitaorang pergi breakfast dulu dekat kedai melayu area situ. Pakej pulau ni kawan Amoy si Miera yang deal sebab dia pernah pergi dulu sini, so dia ambil pakej yang sama lah 3 tempat snorkeling iaitu di Pulau Perhentian, Pulau Redang & Lang Tengah. Bila dah naik boat & sampai dekat chalet yang kitaorang stay tu, kitaorang kena tunggu sampai jam 11-12 pm macam tuh sebab bilik tak available lagi. Jadi kitaorang lepak je lah dekat area situ sampai boleh check in bilik. Bila dah boleh check in, kitaorang bersiap untuk lunch & snorkeling area Pulau Perhentian.


First day Amoy snorkeling area Teluk Pauh, Shark Point & Tanjung Besi (kalau tak silap), Esok nya baru aktiviti ke Lang Tengah & Pulau Redang. Selepas tu masa nak balik tu singgah lah dekat Lata Air Berani sebab penduduk situ kata kalau mandi air berani ni sambil berhajat.. In Sha Allah hajatnya dimakbulkan waallahualam, ni pun orang yang kata semua tu kita serahkan pada Allah s.w.t je kan. Hari pun panas sangat bila dapat mandi air berani ni terus segar kepala otak, sejuk giler weyh nak ambil air pun pakai bekas yang ada dekat sana tu pun kecil & berebut tak puas nak mandi.haha. Nak ke windmill pun tak sempat & kena naik boat lagi kesana, tak apa next time In Sha Allah datang sini lagi.


Balik kitaorang mandi depan pantai je lepas tu bergambar (perkara wajib), after that mandi bersiap & dinner. Lepas dinner kitaorang lepak depan pantai layan lagu sambil tu layan jiwa juga, Lewat malam kitaorang akan ke Pulau Kecil disebabkan kitaorang stay dekat Pulau Besar jadi malam tu kitaorang lepak dekat Pulau Kecil lah naik boat malam-malam tak nampak apa pun.hihi. Lepak sana tengok pertunjukan api.. meriah dekat Pulau Kecil & kitaorang celebrate birthday Tachi sekali kat situ.huhu. kalau dekat Pulau Besar ni more to tenangkan fikiran & jiwa (best layan jiwa sambil kena angin sepui sepui). Amoy semua pun boleh layan tak kisah mana-mana tapi Amoy lebih suka ketenangan dengar ombak memalam wahhh buat aku rindu pulak ni aduhaii..haha.

Kitaorang balik dari Pulau Kecil dalam jam 4-5 am macam tu sebab tunggu abang boat tu tak sampai-sampai tu yang lewat tu. haha. Atas boat muka semua dah penat dengan mengantuk lagi sampai Amoy nak tergolek ke belakang sebab mengantuk nasib baik tumpang bahu si Rashidah time tu. Sampai bilik tukar baju, cuci muka terus tidur tak ingat apa dah tapi sempat lah gelak gurau before tidur dengan lenanya tu. Lagi-lagi tidur sebelah Miera memang jadi mangsa bantal peluk lah Amoy. haha XD

Okay Jom tengok gambar untuk hari pertama ni ..






- BE CONTINUE PART 2 -
Lots of Love 

Thursday, March 23, 2017

LET'S TRAVEL TO LOMBOK | LAST DAY

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

Continue DAY 4


26/04/2016 (Last Day)

Hari kelima hari terakhir Amoy dekat Lombok, rasa macam sekejap je masa berlalu kena pergi seminggu keatas kot.haha. Serius memang tak puas utk 5 hari ni sebab flight time tak cantik pun 1 hal. Bangun pagi kitaorang bersiap & terus turun breakfast..sambil tu kira-kira lah belanjawan semalam untuk di share bertiga kan.

Dalam jam 9 pagi Mas Adi dah sampai dekat depan hotel yang kitaorang ni syiokk lagi makan sambil kira duit.haha nasib baik Mas Adi tengah tunggu Pak Yudi aka Papa Yudi kitaorang. Amoy ingat Mas Adi je akan hantar kitaorang dekat airport tak sangka pula Mas Adin & Pak Yudi pun akan follow, rasa terharu sebab Pak Yudi sanggup datang dari Gili.T hantar tetamu lepas tuh datang ke Mataram untuk last jumpa kitaorang. Layanan diaorang sangat bagus , kitaorang je guest yang supir semua ikut hantar ke airport tau tau tau. haha XD

Before ke airport singgah ke RM Cahaya nasi Balap Puyung beli Sambal Balap bawa balik Malaysia.. Sambal Balap the best sedap pedas weyh tetiba rasa craving pula time menaip ni.. Kitaorang pun ada bawa balik Kopi Lombok dalam sekilo setiap seorang tu pun Mas Adi belikan & bagi kitaorang masa ke airport tu. Memang recommend lah sambal Balap & Kopi Lombok ni, korang patut try bila sampai Lombok okay.huhu Masa dah sampai airport tu Amoy bagi lah selfie ring dekat Mas Adi (dari hari kedua lagi dia usha cakap wahh tak ada jual dekat Lombok ni) & topi pantai pula Amoy bagi dekat Mas Adin, Dayah bagi topi dekat Mas Musa, Azam bagi topi dekat Mas Adin & sunglasses dekat Papa Yudi semua ni sebagai kenangan. haha XD


Ini lah Mas Adi aka Aziz Bujang Lapok ni..highly recommend sangat kelakar orangnya & pandai ambil gambar.
Ini lah GENG GILO kitaorang iaitu Mas Adi, Mas Adin & Papa Yudi. Friendly & Kelakar.

Rindu sangat view Lombok, In Sha Allah kalau ada rezeki lebih kitaorang nak repeat ke Lombok again & pasti akan ambil Mas Adi lagi untuk next trip. Pada siapa nak cari Supir untuk ke Lombok korang boleh try ambil servis dari Mas Adi.. boleh follow & tengok gambar di Instagram (Adibetet)
Sampai sekarang kitaorang still keep in touch dengan Geng Gilo ni. hihi. Next trip kalau ada rezeki akan ke Kenawa, Sumbawa & Flores (Wishlist).

Kos Amoy selama 5 Hari 4 Malam di Lombok

Itinerary from me
Pakej supir (Mas Adi) : Rp 1.6j seorang (RM 500.10) currency time tu

DAY 1
  • Flight Air Asia : RM 255 (all in return) 
  • Dinner (Nasi Ayam Kampung + Balap & Air Alpokat) : Rp 32k (RM9.70)
  • Sim Kad (SimPATI) : Rp 55k with 4gb (RM 16.70)
  • M Hotel (1night) : RM 54.70 (RM109.40/2 per) booked from Agoda.com
DAY 2
  • Lunch (at Pink Beach) : FOC*
  • Dinner (Ayam Pelecing Lombok & Diet Coke) : Rp 60k + Rp 70k (RM 23.24)
  • Birthday Cake : Rp 175k (RM 58.10)
  • Hotel Central Inn Senggigi (1night) : RM 57.73 (RM 115.46/2per) booked from Agoda.com
DAY 3
  • Lunch (Rinjani Lodge) : Rp 110k (RM 36) tak sure harga sebenar
  • Dinner (Gili T) : Rp 70k (RM 23) Amoy & Dayah share tak sure price per
  • Speed Boat (Gili T) : Rp 800k / 3 per = Rp 270k (RM 89.70) include pakej supir*
  • Entrance fee & Lokal guide waterfall : Rp 200k / 3per = Rp 67k (RM 20) include pakej supir*
  • Chalet Denaya Lodge (1night) : RM 50.70 (RM 101.40/ 2per) booked from Agoda.com
DAY 4
  • Sewa basikal (Gili T) : Rp 25k (RM8) 1hour
  • Lunch (Ayam Taliwang, Kopi Lombok & Alpokat) : Rp 300k (RM90) for 3 per maybe RM30per
  • Air soya & Aiskrim : Rp 6200k + Rp 3500k = Rp 9700k (RM3.20)
  • Air Kelapa (Batu Payung) : Rp 15k (RM 4.90) tak ingat price sebenar
  • Dinner : Around Rp 50k (RM 16) tak ingat price sebenar
  • Boat (Batu Payung) : Rp 250k (RM80) (bayar kat Mas Adi Rp 200k) include pakej supir*
  • Karaoke : Azam bayarkan (lupa price per person)
  • Pratama Hotel Mataram (1night) : RM 53.80 (RM 107.60/ 2 per) booked from Agoda.com
LAST DAY
  • Kopi Lombok (1kg) : Rp 30k (RM 9) 
  • Sambal Balap Puyung (1 plastik kecil) : Rp 30k (RM 9) tak sure price sebenar
Semua yang bertanda * include pakej Supir / sorry harga sebenar tak sure yang pasti lagi murah dari ni.

RM 336.10 (Day 1) +  RM 139.07 (Day 2) + RM 109.70 (Day 3) not include * + RM 115.90 (Day 4) + RM18 (Last day) 

Total : RM 500.10* + RM 718.77 = RM1218.87* (Include Flight) if exclude total still under RM1000

Hope ada rezeki boleh ke Lombok lagi ^^

Lots of Love 

Wednesday, March 15, 2017

LET'S TRAVEL TO LOMBOK | DAY 4 - GILI T & SCENERY PLACES

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

Continue from DAY 3



25/04/2016 (4th Days)

Hari keempat ni last day kitaorang dekat Lombok, jadinya hari ni banyak tempat yang kitaorang akan pergi. Pagi hari tu bangun awal sebab kitaorang decide nak pergi ke Ombak Sunset before balik nanti. Kitaorang decide ambil basikal tak nak bazir masa sebab Mas Akim pickup kitaorang jam 10 sepatutnya jam.... hah nanti aku cerita kat bawah okay. Entry kali ni panjang dari biasa rasanya.haha

Nak sewa basikal dekat kawan Mas Adi kitaorang tak tahu mana tempatnya jadi kitaorang belasah jela sewa dekat tempat lain. Kayuh lah selaju-lajunya selarat-laratnya walaupun kaki still sakit supaya sempat ke Ombak Sunset, punyalah jauh kan nasib baik rent for 1 hour. Dalam perjalanan nak dekat sampai ke Ombak Sunset ternampaklah tempat baru buka & yang paling penting is cantik lah iaitu Pandawa Beach Villas. So kitaorang decide stop sini je & lupakan Ombak Sunset yang jauh nun disana tu. Time kitaorang tengah syiokk bergambar datanglah seorang Mas ni, katanya buaian ni baru je buat semalam & siap hias tadi. Ohhh patutlah bau cat minyak ke gam kuat sangat. Mas tu pun bilang lagi yang kitaorang orang pertama yang rasmi dulu...huhu dalam hati pun wahhh yang pertama eh tapi tak best lah tak ada tulis Pandawa sekarang dah ada tulis.haha XD. Sekarang ramai lepak Pandawa dah tak kuasa kot pergi Ombak Sunset yang jauh tu.

Lepas dah puas bergambar.. kayuh selajunya balik bilik untuk breakfast & kemas barang apa yang patut. Data phone Amoy hari tu macam dah habis or tak ada macam tu (terlupa pula), Mas Adi call & whatsapp banyak kali tak dapat dia terus call Azam nasib baik ada no tel Azam kalau tak Mas Akim mereput tunggu dekat depan masjid sebab kata meet up jam 9 tapi nak dekat jam 10 baru kitaorang jumpa dia dekat sana. Ya Allah nasib baik Mas Akim okay, dengan muka dia sayu dia tanya kat Azam mana teman kamu (ni Azam cerita kat Amoy lah). So selamat tinggal Gili Trawangan, memang tak puas kena datang lagi & stay sekurangnya 2 malam next time. In sha Allah.


Bila sampai ke Teluk Nare jetty, Pak Yudi pun dah ada tunggu kitaorang. Patutnya Mas Adi yang bawa kitaorang jalan hari ni tapi Mas Adi ada emergency pulak tapi dia bilang malam baru boleh..kitaorang pun okay saja sebab Pak Yudi pun dah kira okay sangat lagi pun dah berapa hari dengan dia kan.hihi. Kitaorang pergi area Senggigi dulu iaitu Malaka, Villa Hantu & Malimbu Hill baru pergi lunch katanya. Dekat area sini lebih kepada tengok view je so singgah & bergambar.

Selepas singgah ke Malaka & Malimbu Hill, kitaorang ke Villa Hantu dulu.. Jangan risau Villa ni tak berhantu pun okay,hihi sebab utama namanya Villa Hantu is projek tapak ni tak dapat kelulusan jadi dibiarkan terbengkalai begitu je. View dari sini memang cantik lah, dari jauh kalau cuaca elok boleh nampak Gunung Agung di Bali nun. (tak sure gunung agung or nama lain)


Lunch makan Ayam taliwang , Kopi Lombok & Alpokat
After lunch kitaorang terus pergi Batu Payung, actually tempat ni Amoy request dekat Mas Adi masa deal dengan dia lagipun tempat ni memang jarang orang datang mungkin sebab kos boat. Amoy nak pergi sebab tak ramai orang singgah lagipun dah dekat dengan Tanjung Aan. Sebenarnya nak ke Batu Payung boleh juga by walking dalam 20-30 minit macam tu ikut kecepatan individu lah..haha. So kitaorang nak naik boat masa deal dengan Mas Adi boat dalam Rp200k je tapi sampai sana jadi mahal dalam Rp250k, Tapi kitaorang tak payah bayar pun sebab kitaorang dah bayar semua dekat Mas Adi bermakna dia lah yang tambah rp50k lagi tu. 


Kitaorang terus ke Tanjung Aan berdekatan je dengan Batu Payung ni. Dekat Tanjung Aan bergambar & tengok view je memang cantik dengan air laut berwarna biru cantik. Ya Allah memang cantik lah laut dekat Batu Payung & Tanjung Aan ni biru sebiru nya sampai terpegun tengok kebesaran Allah ni.


After that kitaorang terus ke Merese Hill best places in Lombok untuk tengok view dengan tenang setenangnya. Tempat ni subnaallah memang cantik sangat sampai kitaorang lepak lama dekat sini tau semata-mata nikmati view cantik dengan angin kuat nya dekat atas bukit ni. Tapi nak ke sini memang kena lalu laluan sempit & jalan agak teruk juga lah. Lepas tu kena naik bukit dalam 10-15 minit macam tu of coz Amoy paling lambat naik atas semput kaw kaw weyh dengan kaki sakit jalan terencut encut time tu haha nasib baik Pak Yudi aka Papa Yudi baik hati belikan plaster untuk Amoy rasa terharu sangat sampai Mas Adi call Pak Yudi tanya Amoy okay ke tak Tapi paling tak boleh blah Pak Yudi cerita dekat Mas Adi yang Amoy terus terbaring bila sampai Merese Hill ni, Mas Adi terus bahan kaw kaw malam tu bila kitaorang lepak for last day. wakakakaka XD


Balik tu kitaorang terus singgah ke Kuta Lombok, dekat sini tak ada apa sangat cuma bergambar dekat sign tu je. Tengok ada orang jual barang murah untuk bagi souvenir dekat family members so Amoy & Azam je yang shopping baju...agak murah lah berbanding tempat yang Pak Yudi bawa awal-awal tadi, beli banyak dapat lagi discount tapi Amoy beli baju I love Lombok tu je tuk family.

Dalam perjalanan nak ke Sasak Village Sade kitaorang singgah Indomarket beli air sebab memasing kehausan sambil tu beli lah aiskrim rainbow time panas makan aiskrim memang nikmat.haha. Dekat Sasak Village ni just tengok kehiudpan & adat-adat orang Sasak, time tu memang rezeki lah dapat tengok adat perkahwinan orang Sasak ni. Lombok popular dengan lelaki menculik perempuan untuk berkahwin.. kiranya kalau culik tu kira lelaki berani lah kononnya tapi culik rela hati tau bukan culik sebarang culik okay. haha. Guide lokal situ kata lantai rumah tu dibuat dengan tahi lembu/kerbau. Sempat juga try sulam tapi Amoy tak boleh kahwin lah sebab failed.. penduduk sini kata kalau pandai bersulam maknanya dah boleh kahwin kira boleh diculik lah kan.hihi bagus kita tahu adat-adat orang kan. hihi.

Balik tu memasing membuta kepenatan & last day ni kitaorang check in dekat Pratama Hotel di Mataram disebabkan last day nak dekat sikit di bandar & ke airport. Amoy booked di Agoda.com, tempat ni selesa juga lah yang penting toilet kan. Malam tu dah planning awal dengan Mas Adi & Pak Yudi nak dinner serta karaoke sekali.. tapi tak sangka pula Mas Adin pun follow sekali memang full kereta terus ramai semua nak follow kan.haha.

KARAOKE WITH GENG GILO
Lepas dinner kitaorang terus ke karaoke dekat Mataram, kiranya Mataram ni bandar lah dekat sini. Memasing hantu karok rupanya lagi-lagi Pak Yudi suara sedap bukan main banyak kali dia nyanyi.. mula-mula kemain pemalu dia.haha Kebanyakkan diaorang nyanyi lagu yang kitaorang tak pernah dengar bila dah dengar wahh best juga kan tapi ada juga lagu yang biasa dengar.hihi. Diaorang ni otak gila-gila juga sibuk cerita pasal Bujang Lapok sampai kitaorang panggil diaorang geng Bujang Lapok Sudin, Ramli & Aziz.haha Amoy panggil group kitaorang ni Geng Gilo sampai sekarang lah sibuk dengan Geng Gilo dia. haha.

okay jom tengok gambar hari terakhir kitaorang dekat Lombok.. penuh dengan gambar sampai tak boleh move on.

MALIMBU HILL (IF TAK SILAP)
PERKAHWINAN DI SASAK VILLAGE SADE
SEMPAT BELI SOUVENIR
LAUT DI BATU PAYUNG
TANJUNG AAN
TANJUNG AAN. AIR LAUT SANGAT CANTIK









 Cost for day 4 :
  • Sewa basikal (Gili T) : Rp 25k (1hour)
  • Lunch (Ayam taliwang, Kopi Lombok, Alpokat) : Rp300k (RM 90) include Pak Yudi  
  • Boat (Batu Payung) : Rp 250k (byr Mas Adi Rp200k)
  • Air Soya & Aiskrim : Rp 6200k + Rp 3500k = Rp 9700k (RM 3.20)
  • Air kelapa (Batu Payung) : Rp 15k (RM 4.90) tak sure price sebenar
  • Dinner : around Rp50k  (not sure)
  • Karaoke : Azam bayarkan (lupa price per person)
  • Pratama Hotel Mataram (1night) : RM 53.80 (RM107.60/2 per)


- BE CONTINUE LAST DAY -
Lots of Love