♦ AmoyLalato ♦

Sunday, February 19, 2017

CELEBRATION BIRTHDAY FERRA & AYIE @ VORTEX KUALA LUMPUR

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


11/02/2017 Saturday

Pada sabtu lepas Amoy & Brazilia Bff geng buat birthday parti untuk Ferra & Ayie di Vortex Suite & Residences Apartment, Kuala Lumpur. Hari Sabtu tu kitaorang start dalam jam 6.30 petang macam tu sebab nak tunggu semua orang dah datang jadi boleh lah celebrate sekali kan. Even birthday Ayie bulan Januari lepas & Birthday Ferra on next week, kitaorang decide buat tengah-tengah date so boleh lah celebrate sekali kan. Kitaorang memang akan sekali kan birthday member yang date nak dekat date & bulan.

Kitaorang share untuk birthday parti ini & dah bahagikan apa yang kitaorang buat, sorang buat itu sorang lagi buat ini. Amoy & Shida ditugaskan membeli makanan iaitu Shida beli KFC & Amoy pula beli Domino's. Kali ni kitaorang memang decide untuk beli fast food berbanding dengan birthday parti yang lepas Sis Nor yang masak.hihi.


Apartment pula kitaorang stay dekat Vortex Suites & Residences, Kuala Lumpur untuk 1 night only.
Apartment ni Miera yang booked 2 weeks before date ni di Agoda.com & ada dua buah bilik untuk lelaki & perempuan. Tak ada gambar pula untuk keseluruhan apartment ni sebab masa datang tu dah penuh barang & terus lupa nak tangkap gambar masa nak balik keesokkannya. aduiyaii.hihi

Sementara tunggu Ferra & Aina sampai, Amoy & girls yang lain deco lah sikit meja tu dengan bunga.. deco apa yang mampu saja.hihi. Bila Ferra dah sampai dia minta Amoy makeupkan dia, pagi tu dia dah whatsapp nak suruh makeup..makeup simple je untuk birthday girl kan. Semua dah siap & dah datang terus kitaorang mulakan sesi potong cake, yang paling penting bergambar okay (ini wajib). Memasing kebulur kelaparan sampai hati senang tengok tak ada pembaziran makanan sebab memang licin terus.

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYIE & ADVANCE BIRTHDAY FOR FERRA

After dah settle potong cake, makan & bergambar.. kitaorang tukar baju untuk swimming dekat pool bawah tingkat 6 tapi malangnya masa kitaorang turun pool dah tutup. Selalu kitaorang pergi swimming akan tutup jam 10pm tapi kali ni dekat Vortex apartment ni tutup jam 8pm. Mood kitaorang nak swimming terus hancur lebur macam tu je.hm

Kitaorang naik atas ber pillow talk je lah dengan Brazilia Bff geng, macam biasa story life kitaorang, pasal wedding Ayie next month & plan next trip (harus ada next trip okay).hihi. Ferra & Aina tak tidur apartment, jadi yang sambung story is Amoy, Miera, Shida & Fana saja..Sis Nor pula dah tidur awal sebabnya time tu dia tak berapa sihat. Lepas tu dalam bilik tinggallah kitaorang bertiga Amoy, Miera & Shida punya lah borak sakan sampai kelaparan, Shida pun order Mcdonald tengah malam sesi untuk mengemukkan lagi badan memasing.haha

Keesokkan pagi tu, Kitaorang pergi swimming disebabkan semalam tak dapat swimming jadi kitaorang semangat bangun pagi nak swimming dekat situh. Tapi.. yang tak bestnya setiap seorang kena bayar RM15..kitaorang pun whattt??? kena bayar nak swimming dekat sini? Tempat private macam ni pun kena bayar ke, Abang tu pun kata sebab swimming & gym ni bukan management dari Vortex pun. Selalu kitaorang stay tempat lain area Kuala Lumpur ni tak ada lah sampai kena bayar untuk swimming, first time macam ni. Tapi bila dah deal abang tu suruh bayar RM15 untuk semua je sebab tak nak lah nanti dalam buku tak ada langsung orang swimming kan. So.. okay lah macam tu kitaorang dapat lah juga swimming dari balik dengan hancur musnah macam semalam.haha.

Lepas dah puas mandi, kitaorang naik ke apartment bersiap nak check out jam 1pm nanti. Breakfast nasi lemak yang dibeli oleh Ejam husband Miera (thanks belanja weyh). Hari ini kitaorang just keluar pergi makan Udang galah je dekat Kuala Selangor & Ferra pun join kitaorang ke sana. Fana pun pergi ambil anak dia dekat rumah dapat lah Amoy jumpa Adam time tu.huhu.

Sekejap je masa berlalu, next month baru kitaorang akan jumpa lagi time wedding Ayie dekat Kedah. huhu.




CHEDABURIANS 
ADEEL HAIDAR COMEL (ANAK FERRA)
BRAZILIA BFF GIRLS
AIR BERSIH TERJAGA SEBAB TU KENA BAYAR KOT!
SEDAP !!! KENYANG MENGATAH UDANG JE

In Sha Allah nanti Amoy review tentang tempat makan udang kat gambar diatas ni.^^


Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥