♦ AmoyLalato ♦

Thursday, February 9, 2017

LET'S TRAVEL TO LOMBOK | DAY 3 - SENDANG GILE, TIU KELEP & GILI TRAWANGAN

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

CONTINUE FROM DAY 2


24/04/2016 (3rd Days)

Hari ketiga ni kitaorang akan ke Waterfall iaitu Tiu Kelep & Sendang Gile di Senaru. Pagi tu kitaorang bersiap & breakfast dulu di hotel before supir pick up jam 9am nanti. Kali ni supir lain pula yang pickup kitaorang iaitu Pak Yudi aka Papa Yudi kitaorang bilang.hihi Before ke Senaru kitaorang singgah ke kedai Puisa (topup) dulu then baru gerak, perjalanan dari Senggigi ke Senaru anggaran dalam 2jam juga lah. Dalam perjalanan tengok view kiri kanan memang superb cantik, sempatlah Pak Yudi berhenti tepi kejap untuk kitaorang bergambar.



Bila dah sampai ke Senaru kitaorang meet up dengan Mas Musa iaitu guide untuk ke waterfall nanti, baik orangnya & melayan je kerenah kitaorang ni. haha. Start trekking anggaran jam 10-11am for entrance fee dah include sekali dalam pakej supir dengan Mas Adi.

Perjalanan ke check point pertama iaitu Sendang Gile dalam 20minit lebih la disebabkan Amoy slow sikit bab trekking ni kalau tak mesti lagi awal sampai. haha. Kitaorang masuk ke pintu lain dari orang ramai masuk , laluan yang Amoy masuk ni di tepi sungai so memang agak mencabar juga lah tapi lagi dekat berbanding laluan lain yang kena naik anak tangga banyak, lagi semput Amoy nanti. 

Bila dah sampai ke 1st stop Sendang Gile ni, Amoy just bergambar saja sebab nak mandi dekat check point seterusnya iaitu Tiu Kelep. Lagipun ramai sangat dekat situ & perjalanan nak ke Tiu Kelep ni pun jauh lagi dalam 20 minit tak silap Amoy.

SENDANG GILE naik gile di buatnya, XD
After dah puas bergambar dekat Sendang Gile, Amoy terus gerak ke 2nd stop Tiu Kelep. Nak ke Tiu Kelep ni kena naik tangga juga tapi tak ada lah banyak sangat cuma tangga nya tinggi je, memang Amoy 2-3 kali juga lah stop sebab semput habis weyh. hahaha. Tapi bila dah nak dekat sampai dah dengar bunyi air terjun terus wahh tak sabarnya.

So sampai je ke Tiu Kelep ni memang penat semua serta merta hilang macam magic kan hahaha Tiu Kelep ni memang cantik sangat & sejuk gilerrrrr. Air nya dalam juga lah tapi mas Musa tak bagi pergi jauh sangat so kitaorang mandi & bergambar dekat je lah. Syiokk habis time panas macam ni mandi air sejuk sampai menggigil lah jadinya cuma tak syiokknya sebab sekejap sangat masa berlalu. hmm Mas Musa dah panggil suruh naik weyh.haha XD.


Masa nak turun balik kitaorang ikut laluan jalan masuk utama yang banyak anak tangga tu sebab nak singgah tunnel longkang besar yang wajib kena masuk. Dalam ni gelap sangat nasib baik ada cahaya masuk celah batu so membantu juga nak tengok takut terpijak something ke kan. Air deras gilerr & banyak lubang so kena berhati-hati bila lalu tunnel ni, Amoy memang follow rapat Mas Musa. haha. Lepas dah keluar terowong tu sempat lah bergambar sekeping dua untuk kenangan dan bermula lah naik turun anak tangga nanti memang semput kaw kaw weyh.

Bila dah keluar dengan penat semput semua jom lah kita lunch dulu dekat Rinjani Lodge. Sambil tunggu makanan sampai kitaorang bergambar dekat situ sebab view superb cantik sangat, kalau nak mandi swimming pool pun boleh tapi kitaorang tak mandi pun .

Lunch Nasi goreng, Fresh orange & try Kopi Lombok
After that kitaorang terus gerak ke Teluk Nare Jetty, Mas Adi tunggu kitaorang dekat sana & belanja Kopi Lombok sementara tunggu speed boat datang. Sambil tu kitaorang lepak dekat pondok Mas Adi & kawan-kawan melepak dia yang sangat friendly, sampai kitaorang gelarkan diaorang ni Bujang Lapok sebab asyik cerita pasal Bujang Lapok & kuat merepek.haha. Relaks je suasana dekat situ maybe sebab tak ramai yang ambil boat dekat sini time tu kitaorang je tau.

Bila dah sampai Gili Trawangan Mas Adi & geng Bujang Lapok tolong angkat bag kitaorang sambil mencari chalet yang Amoy dah booked before pergi Lombok. Amoy booked chalet Denaya Lodge ni dekat Agoda.com harga pun murah tapi time malam hari tu tetiba blackout nasib baik bukan sepanjang malam kalau tak naya je.

After selesai check in kitaorang pun terus jalan sekitar Gili.T tu ambil angin lagipun nak tengok sunset tapi tak sempat sampai ke Ombak Sunset sebab dah gelap. Ombak Sunset memang jauh sangat kena naik basikal tapi kitaorang masa tu jalan kaki je dengan kaki Amoy dah start sakit sebab ada luka tambah pulak kaki dah lenguh giler. Jauh juga kitaorang dah berjalan time tu, tengah jalan tu kitaorang jumpa satu port lepak depan pantai dekat area situh sambil dengar lagu OST Descendants Of The Sun, time tu memang popular korean drama ni jadi apa lagi layan jiwa di malam hari lah.

Balik bilik mandi & rest.. dalam jam berapa tak ingat kitaorang keluar cari kedai tapi malangnya banyak kedai makan dah tutup tinggal bar saja yang buka, baru sedar kitaorang lewat sebab Amoy & Dayah terlajak tidur sampai blackout pun kitaorang biar je dah letih sangat. Jadi disebabkan itu kitaorang decide beli makanan dekat kedai runcit biasa je & lepak makan dalam bilik.. Si Azam pun join masuk bilik kitaorang makan sambil gossip. Kesian Azam memang dia kelaparan sangat time tu.haha XD. Amoy pula malam tu kaki dengan sakit giler jalan dah macam apa dengan luka terkena time dekat Gili Pasir lagi. Sabar jelah kan.

Okay jom layan gambar untuk day 3 kitaorang ni.

Terowong Air
sempat lagi tu.
Speed boat ke Gili Trawangan 
Lunch time at Rinjani Lodge 
Sunset time (Mas Adi send time tu)
Kopi Lombok dekat sini sedap giler. Thanks Mas Adi.
Bilik Amoy & Dayah simple but nice. bersepah dengan barang kitaorang.
Cost for 3rd Days :-
  • Lunch (Rinjani Lodge) : Rp 110k (RM36.55) estimate
  • Dinner (Gili Trawangan) : Rp 70k (RM23.20) share Amoy & Dayah / tak sure harga sebenar
  • Speed Boat to Gili Trawangan : Rp 800k / 3per = Rp 270k (RM89.70) include pakej supir*
  • Entrance Fee & Local guide waterfall : Rp 200k / 3per = Rp 67k (RM20) include pakej supir*
  • Chalet Denaya Lodge (1night) : RM50.70 (RM101.40/2 per) Agoda.com


- BE CONTINUE DAY 4 -
Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥