♦ AmoyLalato ♦

Friday, December 29, 2017

SUNGAI LOPO VILLAGE

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^



Late post untuk birthday month Amoy pada bulan September lepas, 3hb September jatuh pada hari ahad so last minit planning my sister (Ateh) ajak family dan cousin pergi mandi manda lagipun semua free that day. Abang Amoy decide ajak pergi tempat kawan dia dekat Sungai Lopo Village, Hulu Langat.

Pagi tu Ateh & Kaklang masak nasi campur bekal untuk kita semua makan dekat sana, Amoy pula buat sambal colek Amoy (family request).. hahaha now Kak Lang pun dah tahu buat. Jiran aka kawan rapat Ateh pun join sekali pergi mandi sungai, dia pun bawa nasi campur macam itu lah orang dah berkeluarga memang kena bawa bekal. Memang wajib kalau berkelah bawa bekal sebab tahu memasing bila habis mandi sungai mesti cari makan kan. 


Masa sampai tu memang full house nasib baik abang Amoy dah call kawan dia booked 3 tempat untuk kitaorang semua. Budak-budak mandi dulu sebab nak tunggu cousin sampai lambat lagi, Cousin Amoy pula bawa ayam dan few thing untuk Bbq. Amoy happy lah sebab time birthday berkumpul with family & cousin kan, walaupun tak dapat kek cokelat dapat kek pisang Ayoi bawa pun jadi lah asalkan happy with my whole family. haha XD

Petang jam 5pm kitaorang balik sebab memang datang awal pagi kan lagipun malam tu ada dinner with my family sempena my birthday. Terima kasih dan bersyukur di hari kelahiran Amoy dapat bersama family tercinta. :)





Lots of Love 

Friday, December 15, 2017

LUNCHEON W DAAGOSSIP & THE BEES - BIRTH MONTH

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^



Awal September lepas is my birthday yang ke-26, walaupun dah lepas bulan kelahiran Amoy tapi gigih juga nak updated sebab rasanya blog ni dah lama sangat tak ada new story kan. Isnin 4hb September cuti umum yang diberi oleh PM kita, so dengan last minit nya terjadi lah planning kitaorang yang tengah craving Korean food iaitu di Hanbing IOI City Mall (highly recommend). Ingatkan kitaorang bertiga je tapi last minit Dayah ajak Eira join sekali, Amoy & Azam On saja disebabkan lama juga tak jumpa Mama Qayeed tu. 

Time Lunch tu kitaorang order lah makanan yang pernah makan dulu tu, Seafood pancake, Korean Spicy Chicken & Seaweed Soup Chicken (memang sedap). Kalau makan dekat Restoran Hanbing ni memang surely kenyang weyh & favorite Amoy semestinya Korean Spicy Chicken & Seafood Pancake. Kalau dah makan of coz lah kena minum air kan tapi kalau tak nak order air pun dia akan bagi free jug water. Amoy still order iaitu Summer Fruit Tea. Makanan sedap & reasonable price juga untuk sekali sekala kan, Next time nak try snow iced pula tapi bila perut tak full lah. hehe

Time dah kenyang tu memang Amoy tak ada terfikir celebrate Birthday ke apa tup tup lepas makan tu sampai je birthday cake bukan celebrate birthday Amoy je tapi sekali dengan Eira & Ahcong (Eira Husband). Patutlah Amoy pelik kenapa lah ada mangkuk kecil ni rupanya untuk makan kek nanti. 
Bila masa banyak lagi kitaorang window shopping dekat situ then bila petang tu sempatlah hi-tea dekat Paparich before memasing nak balik kan. 

Thank you korang sebab celebrate birthday me dan paling best dapat hadiah lagi from Dayah tau. Thanks babe. muah muah angkat kaki sikit. hehe







Lots of Love