♦ AmoyLalato ♦

Thursday, February 8, 2018

TARIKAN TERBARU DI SELANGOR | SELANGOR FRUITS VALLEY (SFV)

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


Disember 2017 yang lalu, Amoy dan family pergi ke Selangor Fruits Valley tempat tarikan terbaru di Kuala Selangor..Alang-alang weekend kitaorang tidur rumah Abang me dekat Ijok dah dekat sangatlah nak sightseeing tempat baru ni. Apa yang Amoy baca tempat ini untuk menaikkan industri pelancongan di Negeri Selangor dalam sektor pertanian.

Di sini juga terdapat haiwan peternakan dan peliharaan aka mini zoo lah seperti Rusa, Arnab, Kambing, Ayam & Itik. Rasanya banyak lagi haiwan peternakan yang akan ada disini sebabnya tempat ni masih baru lagi dan tak ramai lagi yang tahu kewujudan tempat ni. Nak masuk dekat sini hanya perlu bayar sebanyak RM8 (dewasa).


Sebelum masuk ke Taman Herba dan Mini Garden seperti gambar diatas ni kita akan jumpa Carambola Pavilian dan Ecobridge dulu untuk meninjau keseluruhan kawasan disini. Cantik sangat tengok kehijauan sekeliling tu walaupun cuaca sangat panas time tu. Di Taman herba ada pelbagai jenis herba dan buah-buahan.. boleh bergambar di mini garden yang ada dekat situ juga. 

Kalau nak ke tempat lain seperti kawasan peternakan, peliharaan dan ladang kena naik tram ride untuk mengelilingi kawasan disini (dalam kepala dok teringat time di Busan naik Danubi..hihihi ter..throwback jap cuma dekat sini panas lit lit lah..hihihi.)

Bila naik trem akan stop disetiap tempat kalau sesiapa tak nak turun boleh je teruskan perjalanan sebab memang agak panas terik dekat kawasan ni walaupun hari dah petang tapi sangat seronok dapat peluang tengok tempat tarikan terbaru di Selangor kan lagi-lagi bila spend time dengan family. Next time jika kesempatan masa nak ajak kawan-kawan Amoy pula datang sini.. hihihi. 

Dekat sini ada juga sebuah tasik untuk aktiviti air seperti berkayak. Kalau tak nak berkayak pun boleh je bergambar.hihihi.Di SFV ni sesuai juga untuk photoshoot sebab kawasan yang besar penuh kehijauan campur kemodenan, masa Amoy pergi pun ada pasangan berphotoshoot mungkin pre-wedding lah. For me tempat ni best untuk spend time dengan family kesayangan on weekend kira nya ada juga lah tempat menarik untuk dituju kan. Jom tengok gambar dibawah.. :)

Sebab me mak kucing so gambar tanaman misai kucing jela ditunjuknya. hihihi :p
Time ni Rusa tengah tidur. :D
kawasan ladang yang sangat luas.
Arnab ada di bahagian luar dan dalam
Aktiviti Air di sini.
Trem yang membawa kita keliling kawasan
comel-comel arnab dekat sini..
Jejaka Malaya kononnya. hahaha

my nephew Dani


INFO :
Waktu Operasi : Selasa-Ahad (9.00 pagi - 4.00 petang)
Alamat : KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor Malaysia atau waze saja Selangor Fruit Valley
Bayaran masuk : RM8.00 (Dewasa), RM4.00 (Kanak-kanak & Warga emas)


Lots of Love