♦ AmoyLalato ♦

Monday, December 31, 2012

Thank You!


Thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you 
terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih kerana selalu berada dengan Amoy dan sokong apa jua yang Amoy lakukan . banyak kan thanks tuh.

Sepanjang tahun ni memang banyak perkara yang berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. Aku baru saja graduation pada 22 disember lepas, so now aku dah ada diploma. Aku nak says thanks sesangat dekat family dan kawan-kawan yang selama menyokong, menolong aku secara langsung dan tidak langsung. Walaupun aku dah berjaya sampai ditahap sekarang ni, kalau tanpa pertolongan mereka semua, tak semestinya aku berjaya . betul tak? so thank you so much family and my friends.

Walaupun aku ni seorang yang suka sangat cakap, berterus terang adakalanya semua itu untuk aku terus memajukan kehadapan. Bak kata orang yang ada dengan aku selalu hehe. Memang sikap aku adakalanya tegas mungkin orang kurang senang , maybe!! siapa tahu kan. Tetapi, aku ni seorang yang peramah, friendly semua lah walaupun sebelum kenal tu maybe orang akan kata aku nie seorang yang berlagak or sombong like that bla bla bla. hehe so korang tegur-tegur saja lah, Insyallah aku akan hello hello jugak , jangan risau okay.

Semasa aku study dulu memang ada suka duka pergaduhan, salah faham, happy happy suka suka semua lah. tetapi tu biasa lah , that normal right?. Aku tak pernah nak memutuskan hubungan kawan yang sudah lama terbina memang tak sanggup lah sebab aku rasa pergaduhan salah faham tu semua perkara biasa . betul tak korang? Tanpa semua tu kita tak ada cabaran dan keyakinan dalam diri cehhh ada kena mengena ke. haha. seriusly tanpa family dan kawan-kawan siapa lah aku , adakalanya sedih mengingati kisah-kisah dulu dan bila terkenang arwah mak aku yang nak masuk 3tahun sudah pun meninggal dunia tapi aku still tabah untuk menghadapinya.

so so... thank you thank you thank you so much family and friends... Amoy appreciate sangat-sangat kepada orang yang selalu menolong, support dan aku jugak ingin memohon ampun dan maaf sepanjang 3 tahun nie ada kekurang adab, tersalah kata dan segala-galanya yang tidak menyenangkan kawan-kawan semua okay.

THANK YOU SO MUCH AT ALL & I LOVE YOU :)

Lepas ni hanyalah tinggal kenangan dan akan menjadi kenangan buat selama-lamanya. Perkara yang telah berlaku ada hikmah disebaliknya , hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu, terima kasih ALLAH , aku bersyukur sangat :) .



Shila Elisya Amoy Lalato's



Thursday, December 27, 2012

yeahh!! Konvokesyen

Haii, memang agak lama tak meng-update blog tersayang ni, bukan apa sekarang agak busy hurmm. Just nak kongsi masa konvokesyen Amoy pada sabtu 22/12/12 hari itu, kenangan yang terindah yang sukar untuk dilupakan. Hari Khamis amoy dan friends kesayangan pergi ambil jubah dekat kolej, settlekan apa yang patut. Then kami celebrate birthday Della dan jenjalan semua. Memang agak penat sesangat 1 hari berjalan.
Esok jam 8 pagi pergi rehearsel di Putrajaya International Convention Center (PICC), tempatnya memang tersangatlah besar kan, cantik lagi tu . masa menunggu tu jumpa lah semua kawan kolej, memang dah lama tak berjumpa, just jumpa kawan yang rapat saja la. Lepas dah habis rehearsel Amoy keluar jenjalan lagi dengan kakak dan Stacy , memang agak penat sangat, semalam punya penat pun tak hilang lagi. haha.
Esok pagi adalah hari yang bersejarah buat Amoy dan friends semua, Stacy datang rumah Amoy gerak sekali dari rumah dan di PICC jumpa lah friends Amoy , kami duduk sekali. Memang sangat-sangat seronok dan berdebar-debar. hehe, Walaupun semuanya telah berubah tapi Amoy still gembira sebab berjaya sampai disini Alhamdulillah. 
Meyh tengok picture time konvokesyen hari tu... :)
celebrate birthday della dan shopping2

my present, comel x? ade lagi tau.huhu.

Amoy with my sister :)

with my beloved cousin :)

this is my beloved friends :)

dari atas Amoy dengan Stacy, Nashzelira, Azam shah (best student)
bawah Amoy dengan Naz dan Daya

Actually banyak lagi tapi just letak yg ini jea. nanti banyak2 termuntah korang hahaha, semua friends Amoy yang rapat. Hope kekal sampai bila-bila, walaupun kita susah nak berjumpa lagi selepas ni :)
Congratulations friends :)



Shila Elisya Amoy Lalato's


Saturday, October 20, 2012

Terkenangkan Kenangan


Haiii reader, hm. 18hb kelmarin birthday kakak aku kan and today pulak birthday arwah my mom. Really so sad, Rasa nak menangis sekarang sebab dah dua tahun tak dapat celebrate birthday my mom. Memang rasa sangat-sangat kehilangan tapi nak buat macam mana, ALLAH lebih sayang kan arwah. Rindu yang terlampau setiap hari teringat dan terbayang kan arwah. Rasa macam mimpi pun ada. ALLAH saja yang tahu betapa sedih dan kesunyian bila tiada orang yang paling kita sayangi. Selalu kalau keluar salam tangan cium arwah, tapi sekarang dah tak ada peluang macam tuh lagi.Aku laa yang paling rapat sekali sebab jaga arwah dekat hospital dan aku anak bongsu. Pada mulanya memang tak sangka sangat-sangat tapi lama-lama aku boleh terimanya sebab nanti aku pun akan kesana juga. Semoga arwah tenang di sana. Setiap hari aku sedekah kan Al-Fatihah dekat arwah. 


Sambil menaip sambil tuh jugak laa air mata aku menitis dan jatuh kat meja. hmm :'(

Shila Elisya Amoy Lalato's 

Friday, October 5, 2012

Harus Ke Macam tuh?

## Aku tuju benda nie buat diri aku sendiri jugak, supaya aku terus kuat bertahan..
mungkin penghinaan atau pandangan korang pada aku begitu menjengkelkan tapi
aku yakin, ALLAH itu MAHA ADIL.
---------------------------------------------------------------------
Member (Boy) :  Babe, Aku kadang-kadang sedihlah.
Member (Girl) : Kenapa?
Member (Boy) : Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah-tambah lepas dapat baby.
Member (Girl) : Small matter. Tak payah nak sedih sangatlah.
Member (Boy) : Ko kata small lah. Aku nie hahh yang kena angkat dia. Berdepan dengan dia selalu.
Member (Girl) : Hishh ! Tak elok ko cakap macam tuh. Kan dia sayang kat ko, Ko pun sayang kat dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun kan. Syukur dan redha jea lah weyh.
Member (Boy) : Tapi ........
Member (Girl) : Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak.
Member (Boy) : Hahh?? Gemuk macam tuh cantik kew?
Member (Girl) :  Ya, Cuba ko bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba ko fikir , Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan ko. Ko bayangkan kalaulah dia kurus sebelum kahwin, alamatnya dia pun tak ingin nak kahwin dengan ko, dia adalah isteri ko yang sah dan dia wajib setia pada ko jea. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham tak? So ko anggap jea dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. cantik dan berharga. Untuk ko sorang jea.
Member (Boy) : Terus diam membisu .
(Member boy terdiam. Entah dia mengiyakan atau tidak statement aku tuh. Aku just cakap apa yang betul jea.)
bagi aku kan kalau kita ikhlas kita akan terima segala-galanya. tak ada lah hanya depan cakap lain hati cakap lain kan.

Shila elisya Amoy Lalato's

Sunday, September 16, 2012

Niat Dihati

Assalamualaikum !!


Apa khabar semua? rasanya lama sudah tidak meng-update sebab tiada idea nak menaip apa, cuba jugak untuk memerah otak bagai tapi apa kan daya terlalu banyak memikirkan perkara-perkara yang tak sewajarnya. Niat dihati tu kalau boleh setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat nak meng-update. macam lah ada orang nak baca banyak-banyak tuh. larat ke? hehe

Sungguh bosan sekali duduk rumah , membuat perkara yang sama online online online.. itu saja. duduk rumah dah jadi chef .agaknya boleh kew masuk masterchef .wakakaka :D . Bila sudah tak ada kerja ini lah kerja aku online saja. haha . Lagi-lagi sudah tidak bekerja sekarang. Niat di hati nak sambung pelajaran.tapi apakan daya tiada rezeki mungkin rezeki dekat tempat lain kan.

Nak bekerja tapi belum ada rezeki juga, sudah banyak kali apply tapi aku tak ada rasa mengalah langsung, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Mungkin ada hikmah sebaliknya tu. Insyallah pasti ada pekerjaan yang sesuai dan kalau ada rezeki untuk sambung pelajaran rasa seronok lah.

Esok aku nak berjumpa dengan bestie aku iaitu Dya & Ira . Kalau aku sihat ,insyallah pasti aku jumpa dengan dia orang sebab sekarang pun aku tak terlalu sihat, batuk-batuk aku dah lama tapi masih tak baik-baik lagi. hope cepat sihat , heheh :D

Kalau aku ada banyak idea mesti aku update selalu & aku pun nak mengedit blog aku nie. hahah :D Annyeong :) salam. 



Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy

Sunday, September 2, 2012

Welcome September

Assalamualaikum !!



Welcome September !!

Bila bulan September, pasti aku gembira sangat-sangat. Nak tahu sebab apa? hmmm. sebab bulan September adalah bulan Kelahiran aku iaitu pada 03hb September. That why lah aku suka sangat bulan September, umur aku makin meningkat dan meningkat oke.. bukan menurun tau. hehehe :D

Hope bulan September dan pada hari lahir aku nanti akan membuatkan aku gembira. Bagi aku celebrate atau tak ,itu tak penting. Cuma bagi aku orang sekeliling aku engat hari lahir aku pada 03hb September iaitu pada esok hari. itu cukup membahagiakan :) .


Terima kasih oke..tapi lagi berterima kasih bila dapat hadiah. hahahah :D



Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy Lalato

Kefahaman Jiwa

Assalamualaikum !!



Hujan turun kerana awan 
tidak lagi tahan dengan berat kandungannya.
Begitu juga dengan air mata, jatuh kerana hati 
tidak lagi tahan dengan kesakitan yang amat dalam.
:'(

Kita hanya manusia biasa yang akan melalui suka duka dalam kehidupan, Allah S.W.T menduga kita kerana kita mampu menghadapinya. thanks . :)
dan aku berharap akan menghadapinya dengan tenang, semoga permudahkanlah segalanya. 




Tanpa Gurauan Tiadalah Senyuman.
Shila Elisya Amoy Lalato

Monday, August 13, 2012

Saya Mahu SURPRISE Dari Mak Dara

Assalamualaikum !!

Hari nieh Amoy nak join segmen dari mak dara. Dapat tahu pun dari kawan blog, dia ajak join so tengok macam suprise sangat jea..that why nak join nieh.. hehe :D
kalau korang nak join segmen mak dara yang cunn tuh sila klik header tuh yea,,  


1) Buat satu entry bertajuk : "Saya Mahu SURPRISE  Dari Mak Dara" dan tepekkan header mak dara tu ye
2) Uploadkan sekeping gambar anda solo
3) Tingalkan link anda di komen box di bawah
4) Tarikh tutup sampai pukul 5 petang hari ni


just picture nieh saja .taktahu nak letak picture apa. hehe :D


Oke, tak sabar tunggu SURPRISE apa dari Mak Dara :)