♦ AmoyLalato ♦

Thursday, February 8, 2018

TARIKAN TERBARU DI SELANGOR | SELANGOR FRUITS VALLEY (SFV)

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


Disember 2017 yang lalu, Amoy dan family pergi ke Selangor Fruits Valley tempat tarikan terbaru di Kuala Selangor..Alang-alang weekend kitaorang tidur rumah Abang me dekat Ijok dah dekat sangatlah nak sightseeing tempat baru ni. Apa yang Amoy baca tempat ini untuk menaikkan industri pelancongan di Negeri Selangor dalam sektor pertanian.

Di sini juga terdapat haiwan peternakan dan peliharaan aka mini zoo lah seperti Rusa, Arnab, Kambing, Ayam & Itik. Rasanya banyak lagi haiwan peternakan yang akan ada disini sebabnya tempat ni masih baru lagi dan tak ramai lagi yang tahu kewujudan tempat ni. Nak masuk dekat sini hanya perlu bayar sebanyak RM8 (dewasa).


Sebelum masuk ke Taman Herba dan Mini Garden seperti gambar diatas ni kita akan jumpa Carambola Pavilian dan Ecobridge dulu untuk meninjau keseluruhan kawasan disini. Cantik sangat tengok kehijauan sekeliling tu walaupun cuaca sangat panas time tu. Di Taman herba ada pelbagai jenis herba dan buah-buahan.. boleh bergambar di mini garden yang ada dekat situ juga. 

Kalau nak ke tempat lain seperti kawasan peternakan, peliharaan dan ladang kena naik tram ride untuk mengelilingi kawasan disini (dalam kepala dok teringat time di Busan naik Danubi..hihihi ter..throwback jap cuma dekat sini panas lit lit lah..hihihi.)

Bila naik trem akan stop disetiap tempat kalau sesiapa tak nak turun boleh je teruskan perjalanan sebab memang agak panas terik dekat kawasan ni walaupun hari dah petang tapi sangat seronok dapat peluang tengok tempat tarikan terbaru di Selangor kan lagi-lagi bila spend time dengan family. Next time jika kesempatan masa nak ajak kawan-kawan Amoy pula datang sini.. hihihi. 

Dekat sini ada juga sebuah tasik untuk aktiviti air seperti berkayak. Kalau tak nak berkayak pun boleh je bergambar.hihihi.Di SFV ni sesuai juga untuk photoshoot sebab kawasan yang besar penuh kehijauan campur kemodenan, masa Amoy pergi pun ada pasangan berphotoshoot mungkin pre-wedding lah. For me tempat ni best untuk spend time dengan family kesayangan on weekend kira nya ada juga lah tempat menarik untuk dituju kan. Jom tengok gambar dibawah.. :)

Sebab me mak kucing so gambar tanaman misai kucing jela ditunjuknya. hihihi :p
Time ni Rusa tengah tidur. :D
kawasan ladang yang sangat luas.
Arnab ada di bahagian luar dan dalam
Aktiviti Air di sini.
Trem yang membawa kita keliling kawasan
comel-comel arnab dekat sini..
Jejaka Malaya kononnya. hahaha

my nephew Dani


INFO :
Waktu Operasi : Selasa-Ahad (9.00 pagi - 4.00 petang)
Alamat : KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor Malaysia atau waze saja Selangor Fruit Valley
Bayaran masuk : RM8.00 (Dewasa), RM4.00 (Kanak-kanak & Warga emas)


Lots of Love 

Thursday, January 18, 2018

TRY IT OUT K FRY URBAN KOREAN


Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


Like usually every month kalau ada masa memang Amoy akan set time hangout with DAA Gossip gang. Kitaorang memang teringin lah nak try new Korean restoran yang baru saja buka cawangan pada bulan October di IOI City Mall, Putrajaya. Cawangan pertama di Johor Bahru, memang jauh lah kitaorang ni nak pergi makan kat sana, bila viral je pasal dah buka kat sini memang terus Onzz lah.

Bila cawangan baru pun buka dekat sini memang fullhouse lah sampai beratur panjang tau tunggu turn nak dapat meja. Kitaorang choose makan area luar sebab meja luas sikit nak letak makanan banyak-banyak.. hahahaha


Amoy & Dayah order Kimgaru Bokkeumbap nasi goreng seaweed share berdua, bagi Amoy sedap lah masuk dengan selera sendiri tapi cepat muai & kenyang. Azam pun curi sikit kitaorang punya bila dia rasa sedap dia pun order juga share dengan Iloy. For this RM19.90 sharing with 2 person & rate is 7 out of 10 !

Kitaorang order Hot Korean Green Tea ni, not bad rasanya sebab Amoy memang suka air green tea. Tapi tea ni kena minum time warm tu sebab bila dah sejuk bertukar rasa macam emping kering tu ke Amoy je yang rasa macam tu.haha. kalau tak nak order pun tak apa sebab ada plain water tapi kitaorang saja je nak try. For this tea RM6 & rate is 7 out of 10. Iloy pulak order lemon barbican memang sedap lah..hihi.

Kitaorang order Spicy YangYeom wings & drumstick sebab memang top dish. Rasa pedas manis macam tu sampai Dayah & Iloy berair hidung makan tu tapi bagi me okay je pedas dia tak boleh lawan samyang..hahaha sangat sedap lain kali kita orang nak order 2 set pulak. Price RM18.90 & rate is 9 out of 10.


Tteokbokki with cheese & seafood ni so-so je not my fav..Memang makan sikit je yang ni. Memang first dan last lah order tapi selera orang lain-lain kan. Rasanya dekat tempat lain lagi better lah dari segi rasa makanan tu.Price RM28.90 boleh sharing with 4 person & rate is 4 out of 10. sorry mianhaee..


Last one for dessert kitaorang order Matcha Green Tea Bingsoo ni,sedap but to me dekat Hanbing nampak lagi sedap & menarik. Price RM18.90  & rate is 6 out of 10.

So overall dari segi rasa makanan, servis & tempat sangat recommend, Reasonable price for Korean food sebab setiap dish boleh sharing with 2 person dan banyak menu lain yang sedap & famous too nanti Amoy nak cuba K'razy spicy cheesy fried chicken bumbuk sebab top 3 famous dekat situ , hope nanti tak out of stock lah.



Lots of Love